MAKSUD
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, bantak kebaikan akan diperolehnya.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Sekiranta seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak perkara yang memudaratkan akan timbul.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah luntur.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada kerosakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan