Isu kenaikan harga barang hangat
diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang
prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan daripada kenaikan tersebut
kepada masyarakat dan negara serta cadangkan langkah-langkah untuk
mengatasinya.
Kebelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda
negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin
bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan
ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang
perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata
pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum
habis.
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani
masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mengamalkan amalan berjimat
cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan atau
ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja
sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50
atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara
ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat
mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barangan sekaligus dapat mengurangkan
kenaikan harga barang.
Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah
merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah
dibuat berdasarkan keperluan. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan
hendaklah diketepikan. Sebagai contoh, setiap ahli keluarga hendaklah
menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan
sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama
seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.
Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot
barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini,
masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai
contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam dagi di pasar yang mengalami
kenaikan harga yang tidak munasabah.Apabila pembeli memboikot pembelian
terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan
turun kembali.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa
membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang
menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.
Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan mengejut dari semasa
ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
tidak bersikap sperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang
menaikkan harga barangan sesuka hati hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan
tegas seperti ini akan menyebabkan mereka tiak berani untuk mengambil
kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga barang.
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan
banyak pihak terutamanya pengguna. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama
bagai aur dengan tebig untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula,
janganlah bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing tetapi sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin hendaklah bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
kenaikan harga barang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan