Ahad, 27 Disember 2015

Soalan Prosa Traditional - Kepimpinan Melalui Teladan (Tingkatan 4)

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
          Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

          Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

          Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

          Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”

          Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

          Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

       i.            Berikan maksud penjurit yang terlalu buas.                                                              [2 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

      ii.            Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka?
Nyatakan reaksi-reaksi tersebut.                                                                             [3 markah]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     iii.          Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari?        [KBAT]                                                                                                                                                   [3 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Disiplin Asas Kejayaan

       Pada era globalisasi ini, pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam bidang akademik serta kokurikulum oleh anak anak merupakan harapan ibu bapa sebagai langkah untuk menjamin masa depan anak-anak yang cerah. Hal ini menyebabkan ramai anak yang mengalami tekanan kerana ingin memuaskan kehendak ibu bapa mereka. Oleh itu, remaja yang terlibat dalam masalah disiplin ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini menyebabkan remaja mencari jalan untuk menghilangkan stress. Contohnya, membuli, merokok dan berlumba haram. Akhirnya, masalah disiplin pelajar menjadi lebih serius dan mereka terjebak ke dalam kancah kebinasaan. Oleh itu, pelajar harus belajar untuk menjadi disiplin kerana disiplin asas kejayaan.

     Sebagaimana yang kita tahu, seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat membina jati diri. Remaja sekarang mempunyai jati diri yang lemah. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media massa dan pengaruh kawan yang kuat. Kesannya, remaja tidak berminat dalam pelajaran kerana terlalu berminat dalam pelajaran dan menumpukkan perhatian dan masa kepada media massa atau kawan. Sekolah harus mengadakan kelas intensif untuk membantu pelajar yang lemah dan membaiki kelemahan pelajar. Dengan itu, pencapaian akademik pelajar akan meningkat. Apabila pemikiran pelajar menjadi matang, jati diri pelajar akan turut meningkat.

      Selain itu , sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja dalam pelbagai perkara. Remaja kini tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup dalam mimpi. Mereka suka melepak, merokok dan hidup dalam alam fantasi mereka .Akhirnya, mereka lupa daratan dan hilang arah tuju. Oleh itu, para guru disiplin sekolah harus sentiasa tegas dalam mengatasi masalah disiplin pelajar dan menguatkuasakan peraturan sekolah sebelum nasi menjadi bubur. Sebuah sekolah yang berada dalam keadaan yang terkawal akan dapat melahirkan tempat yang kondusif kepada pelajar-pelajar .

     Seterusnya, disiplin yang ada pada seseorang remaja dapat menetapkan masa depan seorang remaja. Remaja alaf baharu ini mudah hilang arah tujuan kerna mereka tiada motivasi diri. Contohnya, mereka tidak membuat jadual belajar dan mereka malas untuk berusaha. Oleh itu, guru sekolah harus mendidik murid untuk menjadi disiplin. Dengan teknik pembelajaran yang disiplin. Remaja dapat mengetahui perkara yang sedang dibuatnya dengan jelas dan tahu mencari cara untuk memajukan diri mereka. Dengan itu, remaja akan menghargai masa dan mereka akan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah.

     Sementara itu, sikap disiplin yang ada pada seseorang dapat meningkatkan imej diri. Pada masa ini, masalah remaja seperti berpakaian selekeh dan berambut panjang sudah menjadi perkara yang umum. Budaya Punk dan Barat dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Contohnya, mereka mewarnakan rambut dan berseluar ketat. Pepatah Melayu pernah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungya, ibu bapa harus menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan menjadi suri telada kepada anak sejak kecil kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagaimana yang kita tahu, anak-anak yang dididik dengan baik dari rumah sentiasa mempunyai sikap disiplin dan perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka tidak menconteng arang di muka ibu bapa.

      Di samping itu, disiplin merupakan kunci kejayaan diri. Anak muda pada masa kini antikokurikulum dan antipeperiksaan kerana mereka tidak dapat mencari keseronokan yang mereka kira seronok. Misalnya, mereka ponteng sekolah semasa dikehendaki untuk menghadiri aktiviti kokurikulum dan hanya hadir pada hari peperiksaan sahaja. Pengetua sekolah haruslah memberikan nasihat dan teguran untuk menyedarkan remaja bahawa pentingnya kokurikulum dan akademik dalam dunia ini. Pengetua juga harus member kata-kata yang dapat memotivasikan pelajar supaya pelajar lebih yakin akan diri sendiri. Pelajar haruslah menunjukkan muhasabah disiplin diri yang tinggi dan harus memperbaik sikap yang buruk kerana buang yang keruh, ambil yang jernih.

     Tuntasnya, masalah disiplin pelajar dapat dikawal tetapi memerlukan usaha yang pragmatik dan kerjasama bagai aur dengan tebing oleh semua pihak. Pepatah Melayu sentiasa berbunyi ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, remaja harus diasuh untuk menjadi pemimpim negara yang berketerampilan dan berwibawa. Kesimpulannya, sikap disiplin merupakan penentu kejayaan untuk memastikan masa depan negara cerah dan sejahtera. Saya yakin bahawa remaja ialah aset negara dan mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan dengan sikap disiplin yang utuh dalam diri mereka.

Jumaat, 11 Disember 2015

Maksud Sajak Gelanggang (Onn Malini) - Tingkatan 4

Rangkap 1:

Dengan kebijaksanna nenek moyang kita pada 50 tahun yang lalu, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Merdeka dicapai melalui persepakatan antara kaum di negara ini.

Rangkap 2:

Pengorbanan yang besar oleh nenek moyang kita telah memerdekakan negara. Generasi sekarang perlu bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang boleh menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara boleh dikekalkan sekiranya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.

Rangkap 3:

Rakyat haruslah berani berjuang mempertahankan maruah negara. Kita tidak boleh bertolak ansur pada pihak yang cuba menggugat keharmonian negara. Jika ada pihak yang cuba menyebabkan negara kucar-kacir, mereka perlu ditentang habis-habisan.

Rangkap 4:

Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Rangkap 5:

Setiap rakyat harus memikul tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk akan menyebabkan negara aman dan dihormati oleh negara lain. Kita perlu mentaati negara tercinta ini sampai bila-bila masa.

Soalan dan Jawapan Sajak Gelanggang (Onn Malini) - Tingkatan 4

Soalan:

1. Nyatakan dua cara untuk mengekalkan perpaduan seperti yang dinyatakan dalam sajak ini.


2. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara dijajah?


3. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.


Jawapan:

1. - menghalang kata-kata yang memperlekehkan bangsa dan negara
    - tidak bermain dengan api persengketaan
    - mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri

2. - tidak ada kerjasama antara pemimpin dengan rakyat
    - rakyat tidak bersatu padu
    - wujud perbalahan dan persengketaan sesama sendiri
    - wujudnya perbuatan belot daripada pihak dalaman

3. - perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat
    - pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara

Sajak Gelanggang (Onn Malini) - Tingkatan 4

Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.


Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
        
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.


Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
        
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.


Onn Malini
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Yang berikut adalah contoh karangan surat tidak rasmi yang dipetik daripada laman lain. Format surat rasmi adalah lebih senang dihafal. Surat didahului dengan nam, alamat sendiri serta tarikh surat ditulis di bahagian kanan. Pada akhir surat, tandatangan dan nama ditulis pada sebelah kanan juga.

Norhidayah Salmi
Kampung Sawah,
Sempadan,
Tanjung Karang,
45000 Selangor.

25 Oktober 2015

Ke hadapan sahabat yang selalu diingati,saudari Hasmah Normi yang kini berada di brunei Darussalam semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya di sini alhamdulillah sihat seperti biasa. 

Sahabatku,

   Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian saudari bercerita kepada saya tentang tempat-tempat yang menarik di Brunai Darusslam.Teringin sekali hati saya untuk mengunjungi negara saudari pada suatu hari nanti.Saya tidak keberatan untuk menceritakan keindahan di negeri saya pula.Dengan cerita saya ini,saya harap suatu hari nanti saudari akan terbang ke mari untuk mengunjungi Selangor Darul Ehsan.

   Untuk pengetahuan Saudari Hasmah Normi, negeri saya, Selangor Darul Ehsan merupakan negeri yang paling maju di malaysia.Walaupun menjadi pusat tumpuan untuk perkembangan sektor perindustrian,negeri saya masih mengekalkan keindahan alam semulajadinya.Malahan banyak tempat di selangor yang menjadi tumpuan para pelancong asing.

Sahabatku yang diingati,

   Antara tempat menarik dan perlu dilawati di sini ialah di daerah saya sendiri iaitu di tanjung karang. Untuk pengetahuan saudari, Tanjung Karang merupakan 'periuk nasi' bagi negeri ini dan di sinilah terletaknya sawah-sawah padi yang begitu luas. Pemandangannya amat indah di kiri kanan jalan raya,terutama apabila menjelang musim menuai. Padi di sini di tuai lima kali dalam masa dua tahun. Walaupun kini semua kerja dilakukan dengan menggunakan jentera, namun sawah padi yang menguning menjadi begitu indah.

   Selain itu, kebanyakan pelancong ke selangor sering mengujung Bukit melawati iaitu satu tempat bersejarah bukit ini adalah tempat orang Belanda berkubu sewaktu menguasai Selangor pada abad ke-17 dahulu. Sehingga kini masih ada kesan-kesan kubu seperti meriam dan menara kawalan. Di samping itu juga, dari bukit ini kita boleh menyaksikan pemandangan yang indah iaitu pertemuan antara Selat Melaka dengan muara sungai Selangor.

Hasmah Normi sahabatku

   Berhampiran Bukit Melawati ini terletak Rimba Alam. Di sinilah tempat para pencinta alam semulajadi untuk melihat segala panorama hutan yang ditutupi segala tumbuh-tumbahan asli dan juga binantang-binantang liar serta burung-burung. Adalah dikenal pasti bahawa di rimba inilah burung-burung dari Jepun dan China singgah dalam Perjalanan ke selatan iaitu ke Australia. Terdapat tempat-tempat khas yang disediakan untuk para pelancong Menyaksikan burung-burung liar bermain dan bertelur. Di samping itu, di tempat ini juga terdapat pelbagai jenis kera dan monyet daripada yang jinak sehinggalah yang liar.

Sahabatku,

    Kebanyakan orang beraggapan bahawa kalau seseorang itu ke selangor maka tidaklah sah lawatan mereka itu kalau tidak mengunjungi Taman Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam dan juga masjid negeri. Kedua-dua tempat ini merupakan pusat utama tarikan pelancong ke Selangor. Taman Bukit cahaya merupakan sebuah taman yang dibina untuk mengekalkan alam semula jadi yang menjadi tempat riadah para penghuni kota. Disebabkan Kedudukannya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, tempat ini menjadi tumpuan apabila tiba hujung minggu. Pemandangan yang indah dan semula jadi didapati di sini. Para pengunjung taman ini boleh membuat perkhemahan di sini dan saya pernah berbuat demikian bersama teman-teman sekelas.

   Dari Taman Bukit Cahaya ini kita boleh melihat menara masjid yang biru dan gagah.Itulah menara masjid Negeri Selangor yang dianggap masjid yang terbesar di Asia. Masjid yang berwarna biru ini begitu besar dan boleh memuatkan lebih 15 000 orang jemaah. Kebanyakan pelancong asing, termasuk yang bukan islam akan mengunjungi masjid ini apabila mereka datang ke Taman Bukit Cahaya.

Saudari Hasmah Normi yang dihormati,

   Nampaknya sudah agak panjang cerita saya ini walaupun sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Selangor ini. Nantilah dalam kesempatan yang lain saya akan bercerita tempat-tempat yang lain pula.Sebelum mengundur diri,saya meminta maaf seandainya terdapat kekasaran bahasa dalam surat ini.Semoga kita bersua kembali di lembaran yang lain.

   Sekian, terima kasih.                                                                                                                               
Yang Ikhlas,
Nurhidayah
(Norhidayah Salmi)

Rabu, 9 Disember 2015

Sinopsis Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil - Tingkatan 5

Sinopsis - Cinta Ahmad Mutawakkil

Pada suatu hari Jummat Ogos 1953, penduduk kampung sedang bersolat maghrib dan tiba-tiba terdengar orang memberi salam dari luar. Iman Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap berpaling dan ternampak baju Ahmad Mutawakkil berdarah dan badannya penuh dengan kotoran.

Ahmad Mutawakkil dalam keadaan cedera parah. Ahmad Mutawakkil merupakan anak tunggal arwah Wan Sadir. Ahmad Mutawakkil melangkah ke arah Iman dan terlihat luka besar di belakang bahunya, bekas tusukan peluru. Tidak lama kemudian, Ahmad Mutawakkil jatuh pengsan kerana kehilangan banyak darah.

Sejak 1935, kampung mereka didatangi oleh satu keluarga orang putih, Tuan Booth yang mengupah beratus-ratus buruh termasuk orang kampung untuk menerokai bidang getah. Tuan Booth sekeluarga tinggal di sebuah banglo.

Pada empat puluhan, pihak Jepun mula menjajahi Tanah Melayu. Seminggu sebelum Jepun tiba, keluarga Tuan Booth telah meninggalkan kampung tersebut. Ahmad Mutawakkil yang bekerja untuk Tuan Booth selama tiga tahun sekarang hilang tempat bergantung. Namun, Ahmad Mutawakkil telah banyak belajar menulis dan bercakap orang putih.

Iman Ngah menjadikan Ahmad sebagai anak angkatnya. Selepas itu, Ahmad kerap menghilangkan diri. Iman memberitahu orang kampung bahawa Ahmad bekerja membaca dan menjawab surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun di bandar.

Pada suatu hari, Iman menyampaikan satu berita kepada orang kampung bahawa Hiroshima dan Nagasaki terkena bom dan Jepun akan menyerah kalah tidak lama lagi. Setahun kemudian, Ahmad Mutawakkil memberi ceramah kepada orang kampung bahawa Tanah Melayu harus mencapai kemerdekaan tanpa dijajah. Ahmad Mutawakkil menjadi sangat berpengaruh dan dihormati di kampungnya.

Setelah orang Jepun berundur, Tuan Booth dan keluarganya pulang ke estet. Namun, Ahmad Mutawakkil tetap rapat dan mesra dengan mereka. Selepas Tuan Booth kembali, dia berubah dan selalu menjengah di surau. Dia juga menjemput orang kampung ke rumah banglonya minum teh. Di sini bermulanya cinta Ahmad Mutawakkil bersama Sandra, iaitu anak gadis Tuan Booth.

Ahmad pula sering menghilangkan diri, berceramah di tempat lain serta menulis ke surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Ahmad banyak merangsang orang Melayu bersiap sedia mengisi kemerdekaan. 

Selepas 1948, darurat diisytiharkan dan Parti Komunis Melayu bermula, Ahmad Mutawakkil tidak lagi ke rumah Tuan Booth. 

Pada suatu hari, dua hari sebelum Ahmad Mutawakkil balik, lima orang komunis menyerbu banglo Tuan Booth. Jam tangan dan sejumlah wang Tuan Booth dirampas dan diberi amaran untuk memberitahu Ahmad Mutawakkil supaya tidak menghasut orang membenci komunis dalam mana-mana tempat.

Ahmad Mutawakkil terus memberi ceramah dan pidato kepada orang Melayu untuk menjadikan kemerdekaan realiti. Pada suatu hari, ada khabar angin bahawa sekumpulan komunis berkeliaran di hutan pinggir kampung. Cerita diakhiri dengan permulaan cerita bahawa Ahmad cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia dan dikenangkan sebagai nasionalis Melayu paling muda. 

Tuan Booth sekeluarga pulang balik ke England seminggu selepas merdeka. 

Karangan Surat Rasmi

Yang berikut adalah contoh karangan surat rasmi yang dipetik daripada laman lain. Format surat rasmi adalah lebih rumit dan harus dihafal. Surat didahului dengan alamat sendiri kemudian alamat penerima. Tarikh ditulis dengan huruf besar. Setiap huruf perkataan pertama tajuk harus ditulis dengan huruf besar kecuali kata sendi seperti dan, serta dan di. Surat juga diakhiri dengan tandatangan penulis sendiri serta jawatan atau tempat.

Tan Kok Seng,
No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.
_________________________________________________________________

Ketua Balai,
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur.
…… ……………………………………………………   6 JULAI 2014

Tuan,


Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana

Merujuk perkara di atas, saya Tan Kok Seng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.

2.
……………Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.

3.
………….Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.

4.
………….Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.

5.
………….Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

6.
………….Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.

7.
………….Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

Tan Kok Seng


(TAN KOK SENG)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

Karangan Ucapan

Berikut adalah contoh karangan yang dipetik daripada laman lain untuk menunjukkan cara menulis karangan jenis ucapan. Karangan jenis ucapan haruslah dimulakan dengan penghormatan dan salam kepada pihak yang menghadiri ucapan tersebut. Seterusnya, ucapkan terima kasih kerana sudi diberi peluang untuk penyampaian ucapan tersebut. Karangan ini juga diakhiri dengan penutup dan kata sekian, terima kasih.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Para hadirin sekalian,
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya.
Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. 
Sekian, terima kasih.

Jenis-Jenis Karangan Berformat dan Tidak Berformat SPM

Karangan Berformat
  1. Ucapan, ceramah, syarahan, perbahasan
  2. Surat kiriman rasmi
  3. Laporan, rencana
  4. Dialog



Karangan Tidak Berformat
  1. Fakta
  2. Perbincangan
  3. Cadangan
  4. Gambaran
  5. Pendapat
  6. Perbahasan
Senarai di atas merupakan jenis karangan berformat dan tidak berformat yang sering dipersoalkan dalam peperiksaan.

Pelajar haruslah mahir tentang format karangan seperti di mana tarikh ditulis, tajuk, nama, huruf besar/kecil, ayat digaris serta alamat. Format untuk setiap jenis karangan adalah sama dan harus dihafal. Markah akan dipotong sekiranya pelajar menulis format dengan tidak tepat walaupun isi karangan adalah betul.

Bagi pelajar yang tidak gemar menghafal format karangan, mereka boleh memilih karangan tidak berformat. Karangan tidak berformat hanya ditulis dalam perenggan biasa. Karangan tidak berformat selalunya bertemakan negara, keluarga, isu-isu semasa, alam sekitar dan remaja.

Sekiranya terdapat pendapat lain/cadangan tentang penulisan karangan, sila berikan "comment" di bawah dan harap kita boleh bincangkan.

Sekian.



Selasa, 8 Disember 2015

Latihan Simpulan Bahasa 5

Pilih simpulan bahasa yang betul daripada kotak di bawah untuk melengkapkan setiap ayat.

1  Sherry dikatakan ______________ setelah meminta semula baju yang diberikannya kepada Zila.

2  Adik tidak berani pergi ke tengah sungai, tetapi hanya bermain di _____________ sahaja.

3  Encik Kamal sanggup ______________ menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai itu.

4  Janganlah kita suka menyalahkan orang lain kerana sikap begitu hanya akan me______________ sendiri.


5  Walaupun tidak memenangi hadiah utama dalam pertandingan melukis itu, Amirul tetap mendapat hadiah _______________.


6 Mak Limah _____________ kerana tidak tahu untuk membuat apa apabila dudduk di rumah anaknya di bandar.

7 Murad ______________ apabila pergaduhan antara Karim dan Dolah semakin mendarat.

8  Amran tidak sedar apabila rumahnya dipecah masuk oleh pencuri semalam kerana dia ________________.

9  Malim sering menghalang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kampung itu, sikapnya seperti _______________.

10  Sikap Dayah yang suka ______________ itu menyebabkan Era dan Julie bergaduh.

11  Firdaus berjaya melepaskan diri daripada dihukum oleh guru disiplin kerana dia mempunyai ______________.

12  Kebanyakan ________________ terlibat dengan perusahaan desa itu.

Sagu hati
Gigi air
Anak negeri
Adu domba
Makan diri
Akal kancil
Tidur mati
Bergadai nyawa
Abu jahal
Angkat kaki
Buruk siku
Mati kutu

Latihan Simpulan Bahasa 4

 Pilih simpulan bahasa yang betul daripada kotak di bawah untuk melengkapkan setiap ayat.

1.  Maria dikatakan __________________ kerana tidak tahan cuaca yang panas.

2.  Ramli ______________ pada guru wanita yang baru bertugas di sekolahnya.

3.  Mangsa kemalangan itu tinggal ______________ dan dikejarka  n ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

4.  ________________ penduduk kampung itu ialah dengan menangkap hasil laut.

5.  “Maaf puan, semua barang dijual di sini _______________, tidak boleh dikurangkan lagi,” kata peniaga itu.

6.  Banyak sungguh bangunan ___________________ yang dibina di kawasan Kuala lumpur ini.

7. Gadis manis itu ibarat ____________________ kerana tidak berbudi bahasa dan sombong.

8. Puan Chong _________________ melihat anak-anaknya bermain hujan dan tidak mendengar nasihatnya.

9. Aini mengambil kursus penulis itu sebagai _________________ untuk menjadi seorang penulis.

10. Peragut itu menerima ___________________ daripada Ah Chong semasa cuba melarikan diri.

11. Walaupun _______________ Mona kecil, tetapi elaun bulanan yang diterimanya sangat lumayan.


12. Janganlah mudah berputus asa jika gagal dalam peperiksaan kerana masih ________________untuk mendapat kejayaan.

Bunga dedap
Harga mati
Ada jalan
Nyawa-nyawa ikan
Mata pencarian
Panas hati
Puteri lilin
Gaji pokok
Batu loncatan
Jatuh hati
Buku lima
Pencakar langit

Latihan Simpulan Bahasa 3

Pilih simpulan bahasa yang betul daripada kotak di bawah untuk melengkapkan setiap ayat.


1. Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _________________ semasa di pejabat.

2. Dia _____________________ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.

3.  Sarimah sudah pandai _________________ apabila keluar rumah.

4. Maria _________________ apabila mendapati bajunya yang dijemur di ampaian telah hilang.

5. Encik Rahman selalu memuji _______________nya yang pandai memasak pelbagai jenis makanan.

6. Kelvin sanggup menjadi ___________________ dalam kes pecah amanah itu kerana dia dibayar dengan sejumlah wang yang sangat lumayan.

7. Suhana berasa sangat gembira kerana ditemukan dengan ________________ yang bertanggungjawab.

8. Penangih dadah ibarat _________________ yang tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat.

9. ____________________ itu tidur di stesen bas dengan botol-botol arak yang bergelimpangan sehingga mengganggu orang yang lalu-lalang di situ.

10. Wong Chai mahu mengikut ____________________ ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang peguam yang berdedikasi dan bertanggungjawab.

11. Ali dan Ramu membuka ____________________ apabila dikejar anjing liar dalam perjalanan pulang ke rumah.

12. Kami merasa lega mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa keluarga Sarah cuma ______________________ sahaja.



Pasang badan
Khabar angin
Jejak langkah
Mati kutu
Langkah seribu
Naik angin
Patung bernyawa
Kaki botol
Teman hidup
Kambing hitam
Gaji buta
Orang dapur

Latihan Simpulan Bahasa 2

 Pilih simpulan bahasa yang betul daripada kotak di bawah untuk melengkapkan setiap ayat.


1. Emak selalu menegur sikap abang yang _____________ itu.

2.  Kakak saya ____________ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.

3. Sikap Markiah yang suka ____________ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.

4. Rajan ___________ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.

5. Anita sangat ___________ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.

6. Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu dengan _______________

7.  Pekerja syarikat itu menerima ____________ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.

8.  Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat ____________ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa kerja pun.

9. Remaja itu gelisah bagai ___________ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.

10.  Walaupun hidup sederhana, Nadia _____________ dan sering membantu orang miskin dan fakir.

11.  Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal _____________ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.

12.  Setiap bulan Muirah akan ____________ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.

Hisap darah
Mandi bunga
Sehelai sepinggang
Durian runtuh
Murah hati
Berat tulang
Lupa daratan
Cacing kepanasan
Campur tangan
Tin kosong
Besar hati
Makan gaji