Yang berikut adalah contoh karangan surat tidak rasmi yang dipetik daripada laman lain. Format surat rasmi adalah lebih senang dihafal. Surat didahului dengan nam, alamat sendiri serta tarikh surat ditulis di bahagian kanan. Pada akhir surat, tandatangan dan nama ditulis pada sebelah kanan juga.
Norhidayah Salmi
Kampung Sawah,
Sempadan,
Tanjung Karang,
45000 Selangor.
25 Oktober 2015
Ke hadapan sahabat yang selalu diingati,saudari Hasmah Normi yang kini berada di brunei Darussalam semoga berada dalam keadaan sihat
walafiat.Bagi diri saya di sini alhamdulillah sihat seperti biasa.
Sahabatku,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian saudari bercerita kepada saya tentang tempat-tempat yang menarik di Brunai Darusslam.Teringin sekali hati saya untuk mengunjungi negara saudari pada suatu hari nanti.Saya tidak keberatan untuk menceritakan keindahan di negeri saya pula.Dengan cerita saya ini,saya harap suatu hari nanti saudari akan terbang ke mari untuk mengunjungi Selangor Darul Ehsan.
Untuk pengetahuan
Saudari Hasmah Normi, negeri saya, Selangor Darul Ehsan merupakan negeri yang
paling maju di malaysia.Walaupun menjadi pusat tumpuan untuk perkembangan
sektor perindustrian,negeri saya masih mengekalkan keindahan alam
semulajadinya.Malahan banyak tempat di selangor yang menjadi tumpuan para
pelancong asing.
Sahabatku yang diingati,
Antara tempat
menarik dan perlu dilawati di sini ialah di daerah saya sendiri iaitu di
tanjung karang. Untuk pengetahuan saudari, Tanjung Karang merupakan 'periuk nasi'
bagi negeri ini dan di sinilah terletaknya sawah-sawah padi yang begitu
luas. Pemandangannya amat indah di kiri kanan jalan raya,terutama apabila menjelang
musim menuai. Padi di sini di tuai lima kali dalam masa dua tahun. Walaupun kini
semua kerja dilakukan dengan menggunakan jentera, namun sawah padi yang
menguning menjadi begitu indah.
Selain itu, kebanyakan pelancong ke selangor sering mengujung Bukit melawati iaitu satu
tempat bersejarah bukit ini adalah tempat orang Belanda berkubu sewaktu
menguasai Selangor pada abad ke-17 dahulu. Sehingga kini masih ada kesan-kesan
kubu seperti meriam dan menara kawalan. Di samping itu juga, dari bukit ini kita
boleh menyaksikan pemandangan yang indah iaitu pertemuan antara Selat Melaka
dengan muara sungai Selangor.
Hasmah Normi sahabatku
Berhampiran Bukit
Melawati ini terletak Rimba Alam. Di sinilah tempat para pencinta alam
semulajadi untuk melihat segala panorama hutan yang ditutupi segala
tumbuh-tumbahan asli dan juga binantang-binantang liar serta
burung-burung. Adalah dikenal pasti bahawa di rimba inilah burung-burung dari
Jepun dan China singgah dalam Perjalanan ke selatan iaitu ke Australia. Terdapat
tempat-tempat khas yang disediakan untuk para pelancong Menyaksikan
burung-burung liar bermain dan bertelur. Di samping itu, di tempat ini juga
terdapat pelbagai jenis kera dan monyet daripada yang jinak sehinggalah yang
liar.
Sahabatku,
Kebanyakan orang
beraggapan bahawa kalau seseorang itu ke selangor maka tidaklah sah lawatan
mereka itu kalau tidak mengunjungi Taman Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam
dan juga masjid negeri. Kedua-dua tempat ini merupakan pusat utama tarikan
pelancong ke Selangor. Taman Bukit cahaya merupakan sebuah taman yang dibina
untuk mengekalkan alam semula jadi yang menjadi tempat riadah para penghuni
kota. Disebabkan Kedudukannya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, tempat ini
menjadi tumpuan apabila tiba hujung minggu. Pemandangan yang indah dan
semula jadi didapati di sini. Para pengunjung taman ini boleh membuat perkhemahan
di sini dan saya pernah berbuat demikian bersama teman-teman sekelas.
Dari Taman Bukit
Cahaya ini kita boleh melihat menara masjid yang biru dan gagah.Itulah menara
masjid Negeri Selangor yang dianggap masjid yang terbesar di Asia. Masjid yang
berwarna biru ini begitu besar dan boleh memuatkan lebih 15 000 orang jemaah. Kebanyakan pelancong asing, termasuk yang bukan islam akan mengunjungi
masjid ini apabila mereka datang ke Taman Bukit Cahaya.
Saudari Hasmah Normi yang
dihormati,
Nampaknya sudah agak
panjang cerita saya ini walaupun sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada
di Selangor ini. Nantilah dalam kesempatan yang lain saya akan bercerita
tempat-tempat yang lain pula.Sebelum mengundur diri,saya meminta maaf
seandainya terdapat kekasaran bahasa dalam surat ini.Semoga kita bersua kembali
di lembaran yang lain.
Sekian, terima kasih.
Yang Ikhlas,
Nurhidayah
(Norhidayah Salmi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan