Sinopsis - Cinta Ahmad Mutawakkil
Pada suatu hari Jummat Ogos 1953, penduduk kampung sedang bersolat maghrib dan tiba-tiba terdengar orang memberi salam dari luar. Iman Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap berpaling dan ternampak baju Ahmad Mutawakkil berdarah dan badannya penuh dengan kotoran.
Ahmad Mutawakkil dalam keadaan cedera parah. Ahmad Mutawakkil merupakan anak tunggal arwah Wan Sadir. Ahmad Mutawakkil melangkah ke arah Iman dan terlihat luka besar di belakang bahunya, bekas tusukan peluru. Tidak lama kemudian, Ahmad Mutawakkil jatuh pengsan kerana kehilangan banyak darah.
Sejak 1935, kampung mereka didatangi oleh satu keluarga orang putih, Tuan Booth yang mengupah beratus-ratus buruh termasuk orang kampung untuk menerokai bidang getah. Tuan Booth sekeluarga tinggal di sebuah banglo.
Pada empat puluhan, pihak Jepun mula menjajahi Tanah Melayu. Seminggu sebelum Jepun tiba, keluarga Tuan Booth telah meninggalkan kampung tersebut. Ahmad Mutawakkil yang bekerja untuk Tuan Booth selama tiga tahun sekarang hilang tempat bergantung. Namun, Ahmad Mutawakkil telah banyak belajar menulis dan bercakap orang putih.
Iman Ngah menjadikan Ahmad sebagai anak angkatnya. Selepas itu, Ahmad kerap menghilangkan diri. Iman memberitahu orang kampung bahawa Ahmad bekerja membaca dan menjawab surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun di bandar.
Pada suatu hari, Iman menyampaikan satu berita kepada orang kampung bahawa Hiroshima dan Nagasaki terkena bom dan Jepun akan menyerah kalah tidak lama lagi. Setahun kemudian, Ahmad Mutawakkil memberi ceramah kepada orang kampung bahawa Tanah Melayu harus mencapai kemerdekaan tanpa dijajah. Ahmad Mutawakkil menjadi sangat berpengaruh dan dihormati di kampungnya.
Setelah orang Jepun berundur, Tuan Booth dan keluarganya pulang ke estet. Namun, Ahmad Mutawakkil tetap rapat dan mesra dengan mereka. Selepas Tuan Booth kembali, dia berubah dan selalu menjengah di surau. Dia juga menjemput orang kampung ke rumah banglonya minum teh. Di sini bermulanya cinta Ahmad Mutawakkil bersama Sandra, iaitu anak gadis Tuan Booth.
Ahmad pula sering menghilangkan diri, berceramah di tempat lain serta menulis ke surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Ahmad banyak merangsang orang Melayu bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
Selepas 1948, darurat diisytiharkan dan Parti Komunis Melayu bermula, Ahmad Mutawakkil tidak lagi ke rumah Tuan Booth.
Pada suatu hari, dua hari sebelum Ahmad Mutawakkil balik, lima orang komunis menyerbu banglo Tuan Booth. Jam tangan dan sejumlah wang Tuan Booth dirampas dan diberi amaran untuk memberitahu Ahmad Mutawakkil supaya tidak menghasut orang membenci komunis dalam mana-mana tempat.
Ahmad Mutawakkil terus memberi ceramah dan pidato kepada orang Melayu untuk menjadikan kemerdekaan realiti. Pada suatu hari, ada khabar angin bahawa sekumpulan komunis berkeliaran di hutan pinggir kampung. Cerita diakhiri dengan permulaan cerita bahawa Ahmad cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia dan dikenangkan sebagai nasionalis Melayu paling muda.
Tuan Booth sekeluarga pulang balik ke England seminggu selepas merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan