Jumaat, 11 Disember 2015

Maksud Sajak Gelanggang (Onn Malini) - Tingkatan 4

Rangkap 1:

Dengan kebijaksanna nenek moyang kita pada 50 tahun yang lalu, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Merdeka dicapai melalui persepakatan antara kaum di negara ini.

Rangkap 2:

Pengorbanan yang besar oleh nenek moyang kita telah memerdekakan negara. Generasi sekarang perlu bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang boleh menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara boleh dikekalkan sekiranya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.

Rangkap 3:

Rakyat haruslah berani berjuang mempertahankan maruah negara. Kita tidak boleh bertolak ansur pada pihak yang cuba menggugat keharmonian negara. Jika ada pihak yang cuba menyebabkan negara kucar-kacir, mereka perlu ditentang habis-habisan.

Rangkap 4:

Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Rangkap 5:

Setiap rakyat harus memikul tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk akan menyebabkan negara aman dan dihormati oleh negara lain. Kita perlu mentaati negara tercinta ini sampai bila-bila masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan