Pilih simpulan bahasa yang betul daripada kotak di bawah untuk melengkapkan setiap ayat.
1. Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _________________ semasa di pejabat.
2. Dia _____________________ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
3. Sarimah sudah pandai _________________ apabila keluar rumah.
4. Maria _________________ apabila mendapati bajunya yang dijemur di ampaian telah hilang.
5. Encik Rahman selalu memuji _______________nya yang pandai memasak pelbagai jenis makanan.
6. Kelvin sanggup menjadi ___________________ dalam kes pecah amanah itu kerana dia dibayar dengan sejumlah wang yang sangat lumayan.
7. Suhana berasa sangat gembira kerana ditemukan dengan ________________ yang bertanggungjawab.
8. Penangih dadah ibarat _________________ yang tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat.
9. ____________________ itu tidur di stesen bas dengan botol-botol arak yang bergelimpangan sehingga mengganggu orang yang lalu-lalang di situ.
10. Wong Chai mahu mengikut ____________________ ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang peguam yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
11. Ali dan Ramu membuka ____________________ apabila dikejar anjing liar dalam perjalanan pulang ke rumah.
12. Kami merasa lega mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa keluarga Sarah cuma ______________________ sahaja.
Pasang badan
|
Khabar angin
|
Jejak langkah
|
Mati kutu
|
Langkah seribu
|
Naik angin
|
Patung bernyawa
|
Kaki botol
|
Teman hidup
|
Kambing hitam
|
Gaji buta
|
Orang dapur
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan